// post2 yg dicopy-paste dari mymesra.com.my
err, tak semua la
|
|
Friday, October 20, 2006
Posted at 05:22 pm by mushluv
some said..
Thursday, October 19, 2006
'kalo nak g mana2, awek saya datang jemput. dia drive. kitornag naik kete dia'
'awek aku jadi penjamin kete aku. kitornag dah putus. dia nak barang2 dia, amikla. payment aku sangkut 2 bulan. hehe, bior dia rasa'
'gelak.. gelak.. muekeke.. awek tuh jatuh gedebuk beb'
'aku keje tak tetap. saving pun takde. tp tunang aku keje dah bagus. dia dah beli umah beb. tak ke senang idup aku nnti. cuci kaki je la'
'hoh.. bekas bini aku. aku apply guna2 kat dia. bagi dia ikut telunjuk aku. jangan sekali2 nak melawan'
nih hape kes ni.. sebetulnya itu yang berlaku di persekitaran aku. camne tak sceptic?
Posted at 04:32 pm by mushluv
some said..
Tuesday, October 17, 2006
semalam jerebu tak hengat la. keluar makmal jer, aku menegok persekitaran kat utm ni, kelabu je mana hala. samar-samar seme2 bangunan. jadi aku ingat, if kat jb mesti happening ni. dan dengan takde kerja nya, aku pun merempit la ke jb, takde kerja semata nak amik gambar. aku g sana dalam 3.30pm. pergh, sib baik la duk dalam ekon. ni kalau keluar jalan2 kat bandaraya ni, aku kompom pedih mata.
Posted at 02:03 pm by mushluv
some said..
Monday, October 16, 2006
//pencarian gebran khalil gebran

'gibran khalil gibran (1883 - 1931)'
aku sebenarnya tertanya2 lama dulu dah, apakah sebenarnya agama si khalil gibran ni. dari satu buku Hamka yg aku baca, Hamka kata khalil pelukis, punjangga kristen. jadik aku agak dia orang kristian. aku tanya membe aku, katanya khalil pengamal sufism. jadik, boleh dikatakan takde agama. since aku bgtau dia aku rasa khalil is kristian, maka tanyanya padaku, 'dalam kristian ada sufism?'.. aku tak pasti apa itu sufism, tp aku akan try cari sufism dalam apa2 agama pun.
aku g kat site khalil gibran (http://www.khalil.org/), baca kesah2 hidup dia yang diceritakan orang. dia Maronites; lebanese christian. datuknya pun ada yg jadi bishop. daripada satu artikel, aku dapat tau yg dia pengamal fahaman Baha'i. apa itu, then aku cari lagi, sampailah kepada site rujukan Baha'i faith ni (http://reference.bahai.org/en/) dan site Baha'i.org (http://www.bahai.org/) ni . mm, sepertinya bukan agama, tapi satu falsafah. falsafah kesatuan, percaya Tuhan itu Satu, hanya satu bangsa manusia. 'all the world's religions represent stages in the revelation of God's will and purpose for humanity'. lebih kepada mencari diri sendiri, damai dalam hidup. mm, since rujukan aku sangat dangkal, maka aku tak layak komen lebih2.
aku pinjam satu buku, pasal Ibn Sina, masih dalam peringkat pembacaan lagi. banyak ilmu Ibn Sina ni, satu dunia maklum. salah satu is falsafah. beliau belajar tasawwuf masa umur 5 tahun lagi. dan falsafah ibn sina ni banyak applied in christianity. buku ni hanya pasal ibn sina, bukan ilmu falsafahnya. jadi, info aku kurang.
untuk melengkapkan pengetahuan juga, aku rasa baik aku study pasal fahaman syi'ah n sunnah. sebab aku rasa mesti ada perkaitan antara semua2 ni. yah, since aku hanya rujuk buku2 and artikel2 saja, takda siapa nak bawak bincang, korang ada saranan bagi aku?
banyak rupanya menda yang aku kurang/takde pengetahuan. ilmu Allah ni luas. ilmu yng terjangkau dek fikiran manusia, umpama cuma setitik dari sebesar lautan. Subhanallah. pe2, aku harap aku sentiasa tergolong dalam orang2 yang cintakan ilmu pengetahuan. mana yg baik diteladani, mana yang tak elok disempadani.
Posted at 03:58 pm by mushluv
some said..
Friday, October 13, 2006
malam tadi aku overdose cafein; 2 tin nestle nescafe ais (berperisa mentol) beli kat kedai mesra dan 1 gelas nescafe ais order kat restoren. tambah nikotin orang sekeliling lagi. siangnya aku penat jalan2 seharian, cari barang yang tak jumpa. bila balik bilik, aku tak mampu nak buat perkara lain, selain perlu berehat. a nap jadi la. malangnya, kantuk aku langsung tak datang. sebab heart beat aku kencangnya seperti genderang mahu perang. laju babas. tak tenang langsung. aku ingat aku serupa menuju sakaratul maut aje. sepicing pun aku tak dapat lelapkan mata. aku cuma mampu terkebil2 dalam gelap, samar2 pandang kipas yang ligat berputar atas kepala aku. kejap2 aku bangun minum air putih, kasi neutral bahan2 dalam badan aku. dan ada input, mesti ada output. pundi kencing kejap je dah padat. antara malas tak malas, tahan tak tahan je aku nak pergi tandas. selama 2 jam aku baring2 tak buat hape kecuali terkebil2. badan aku dah lepas penat barang seketika. kendian aku bangun, buka lampu, buat kerja. ngadap komputer tak hengat. 5.45am baru ngantuk aku datang. aku tido. tapi kul 8.15am aku dah bangun, sebab ada temujanji kat fakulti jam 9am. huhu, 2.5jam je rehat aku. bangun pagi mata sembab. aku takda upaya. aku penat.
tadi, membe aku kata aku siot sebab aku gelakkan dia atas barang dia yg hilang. barang tu rege rm1500. aku ketawa di awal perbualan, kasi mood dia tak down. tp dia salah sangka, dia kata aku siot. orang lain kata takpe, tapi itu membe baik aku sendiri. aku seorang yang sgt sensitif, nak2 dengan orang yg aku sayang. jadik, aku sedih gila.. :( aku nak balik bilik rehat, tapi aku kena tunggu technician lab ni pulang dari solat jumaat. aku nak buat pembetulan kerja aku, tapi aku down. aku tak boleh nak kerja.. aku penat, sedia, sebak.. aku nak nangis... psst.. saya tahu awak pun sedih, sebab barang awak hilang.. tapi maafla, dan damn serius, saya tak gelakkan awak 
Posted at 02:45 pm by mushluv
some said..
|
|
|